Skip to main content

hati...secebis atau semua?

Apa ni? Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.Terima kasih.... ianya bererti.
Aku terlalu menghargainya.Oh ye ke... tapi maaf.Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut,hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas,
hati ini akan indah dan bersinar.Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih? Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka,kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya,mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,
mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah....
=========================================

aku prnh plak baca dlm satu emel tuh...

"Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yang bulat, begitu juga untuk bahagia, kita memerlukan hati yang satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.

Biar kepada sesiapa hati ini telah diberikan, pasti pemberian ini ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika anda memberikan hati separuh-separuh, anda akan mendapat separuh, jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuanya semula...."

apa kena mengena ngan aku??
n apa kena mengena ngan korg lak...?

Comments

Anonymous said…
emm....menarik citernye. seseorang yang ikhlas menceritakan kisah hatinyer. mengatakan yang dia tak sanggup memberikan sepenuh hatinye kerna takut luka lamanya kan berdarah kembali. hati memang cmtu. mudah teluka, parutnya kekal selamanya. tapi hati keras seperti batu permata....hanya permata dpat memotong permata......:)
Akema said…
mungkin begitu...betapa sukarnye menjaga sekeping hati...apatah lg menjaga hati org lain...maafkan andai pernh melukakan atau mengguris hati org lain..dan semoga bertemu dgn permata yg sebenar utk hati ini... ;)

Popular posts from this blog

***Every Little Thing You Do***

Hello Let me know if you hear me Hello If you want to be near Let me know And i'll never let you go Hey love When you ask what i feel I say love When you ask how i know i say trust And if that's not enough It's every little thing you do That makes me fall in love with you There isn't a way that i could show you Ever since i've come to know It's every little thing you say That makes me wanna feel this way There's not a thing that i can point to coz it's every little thing you do Don't ask why Let's just feel what we feel coz sometimes It's the secret that keeps it alive But if you need a reason why It's every little thing you do That makes me fall in love with you There isn't a way that i can show you Ever since i've come to know you It's every little thing you say That makes me wanna feel this way There's not a thing that i can point to coz it's every little thing you do Is it your smile All your laughs All your heart ...

A Puro Dolor 2013....

Niat hati nak update blog... So..login, pastu ter'kaji' plak psl viewer statistic... Hit yg paling tinggi adalah post aku tahun 2007 mengenai A Puro Dolor... Wahh...terus terkenang kisah lama berkenaan lagu tu.. Ada yg pernah dengar x? Jom layan sambil buat soalan Test utk minggu depan...
Welcome 2018 Welcome February 2 days more to go... "Happy birthday" for myself After 4 years w/o update... After so many things happened in my life... New journey New status New life Insyallah...Amin -akema-