Skip to main content

Selamat Berpuasa

AMAL MAKRUF NAHI MUNGKARSALAM RAMADHAN AL-MUBARAKselamat berpuasa semua..
perbanyakkan amalan baik
dan ibadah di bulan mulia ini....

---------------------------------
4 zikir sepanjang Ramadan

DOA adalah silah al-mukmin atau senjata bagi orang beriman. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menggesa umat Islam supaya memperbanyakkan doa kepada Allah.

Doa dan Ramadan juga saling berkaitan antara satu sama lain. Banyak riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah.

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan.

Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.

Kaitan doa dengan Ramadan amat dekat kerana ayat mengenai galakan berdoa iaitu ayat 186, surah al-Baqarah, disebut selepas ayat kewajipan berpuasa.

Dalam ayat berkenaan, Allah berfirman bermaksud: “Dan apabila hambaku bertanyamu mengenai Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa apabila dia memohon kepada-Nya.”
salam ramadhan al-mubarak

Comments

Popular posts from this blog

A Puro Dolor 2013....

Niat hati nak update blog... So..login, pastu ter'kaji' plak psl viewer statistic... Hit yg paling tinggi adalah post aku tahun 2007 mengenai A Puro Dolor... Wahh...terus terkenang kisah lama berkenaan lagu tu.. Ada yg pernah dengar x? Jom layan sambil buat soalan Test utk minggu depan...

Sudah July

Sudah July Sudah 40 Hari... Sudah 27 Minggu... Sudah masuk semester baru... Yang pasti... Ada yg semakin hampir... Ada yg sudah berlalu... Ada yg bakal tiba... Dan lagi pasti... Aktiviti + kerja semakin banyak.. Tp keupayaan diri semakin berkurangan.. Namun... Semangat itu tetap utuh disitu... p/s: Al-Fatihah buat Arwah Mak...40 Hari sudah... Satu ari, masa saya pun pasti akan tiba juga...

......aku dan tangisan.....

aku ingin menangis... dan aku sudah menangis saat ini... mudahnya menangis...benarkah begitu? aku masih dalam tangisan.. mengapa? adakah sedih mewujudkan tangisan? atau adakah gembira mewujudkan tangisan? aku masih dalam tangisan... aku masih jua ingin menangis.. andai tangisan itu membuat hati ini selesa.. andai hati tenang semula... lemahkah aku...?? digelarkah aku sebagai perempuan lemah.. perempuan yg x boleh dipisahkan dgn tangisan.. selembut begitu kah perasaan aku ini?? aku x mengerti semua itu...tiada jawapan... mlm ini aku hanya ingin menangis.. menangis bukan hanya kerana sedih.. menangis bukan hanya kerana gembira.. menangis kerana aku rasa bersyukur atas kurniaanNYA.. kurniaanNYA selama ini.. wujud ku bersama mereka...Alhamdulilah... ibu, ayah, kakak, abang, adik, kawan-kawan, dan dia... terima kasih semua.... moga dapat ku teruskan keindahan hidup ini bersama mereka.. InsyAllah.... ~dalam kegembiraan.. adakalanya kesedihan bertandang jua.. begitula aku seadanya~